Wednesday, August 27, 2008

ntahlah.. takde tajuk..

Waahhhhhhhh.. dah lama tak tgk blog ni..

Ish! dah lama dah kite tak tgk blog ni lah.. Pekaba lah org2 kat sini ni.. Mem oooo mem besar.. mana gi lah agaknyer ye.. nape lak dok dendiam.. takkan tinggal blog ni sepi jer.. Zorro pun dah ilang ek??

Kite x tau lah tulis ape aaa.. xpe lah.. ni br nak warm up.. nanti kalu ade pepe citer, kite tulis ye..

Salam..

Read More with Comments......

Thursday, December 6, 2007

Bohsan nyer

Ari yg Bohsan...

eemmmmmmmm... ujan dr pg td sampai la ke ptg ni.. bohsan gilos dok kat ofis ni..
Pg td tingin sgt nak jumpa seseorg tp takleh.. frust sgt.. ni yg susah ni.. kalu terlampau sgt berharap, n bila tak dpt apa yg kita hajati tu.. mmg frust gilos.. camner nak buat ek?? mcm2 dah kita buat nak ilangkan frust tu.. tp tak leh gak..
Tp terfikir gak.. kalu kite takleh nak p jumpa dia.. dia tu takleh ker mai jumpa kite?? eemmmmmmmmmmm.. ntahlah..
aahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. mmg bohsan.. :-(

Read More with Comments......

Monday, November 26, 2007

Syahdu lagu ni

KEKASIH GELAPKU-UNGU

Lyrics:
Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku tahu ku takkan slalu ada untukmu
Di saat engkau merindukan diriku
Ku tahu ku tak kan bias memberikan mu waktu
Yang panjang dlm hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari selama ini dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku
hidupku...

Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku woho...

Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Ku mencintaimu lebih dari apapun
Meskipun tiada satu orangpun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku
kekasih gelapku...

Read More with Comments......

Wednesday, August 15, 2007

Jodoh Merupakan Takdir Dan Perlu Mencarinya

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”

Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin


Ada member yg hantar artikel ni... so, aper pendpt korang??? :D

Read More with Comments......

Monday, August 13, 2007

Soklan Cepumas??


...What have i done for you lately? haaa tuudia..satu soklan yg payah jugak nak jawab tu, n further more soklan ni ditujukan pada siapa ye? ...Saya ternampak soklan ni dicetak dibelakang t-shirt seorang pemuda semasa saya sedang minum di starbuck dengan rakan di MP di Melaka pada petang hari minggu lalu. waaa..macam saja nak mai tayang kat kami pulak..ish

Kami tergamam bila nampak pemuda ni berhenti betul2 didepan kami dan apa lagi saya pun terus snap foto sebab bagi saya ini adalah satu persoalan yang baik untuk kita renung bersama.

The point is to whom does this question is address to? Bagi saya soklan ni universal dan rasanya elok sangatlah kalo kita sama-sama bertanya soklan yang sama pada diri sendiri dengan masing-masing mengajukan pada siapa atau apa yang patutlah, negara? family? laki? bini? anak-anak? orang2 yg kita sayang? pepe lah..atau pun lebih afdal lagi rasanya pada diri sendiri...so sama-sama kita pikiak le ye...penin penin...hampeh betoi le..sampai lupa boh gula dlm brewed coffee...pait bedengung..dah la mahai...ish

Read More with Comments......

Apa2 pun.. Jgn Buat Camni, Selesai Elok2



Read More with Comments......

Friday, August 10, 2007

Awat Tak Kahwin Lagi??

Bab ni memang payah nak jawab. Lebih2 lagi kalau kita balik kampong..masyaallahhh..orang bujang akan bederau darah kalau ditanya camtu. Petang tu bila terkeluar bab ni kat telawi kawan saya kata, “Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 sembahyang. Allah mendengar.” Haa tuudia.


” Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat yang sesuai dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti ”, komen Women Libs nyer wakil yang tgh dok perabih roti banjir dia.

Sebenarnye memang kita selalu silap mentafsir kehidupan. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa seterusnya sebagai jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika kita tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri janganlah berkahwin dulu. Jika merasakan diri kita belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah kita demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Read More with Comments......