Friday, August 10, 2007

Awat Tak Kahwin Lagi??

Bab ni memang payah nak jawab. Lebih2 lagi kalau kita balik kampong..masyaallahhh..orang bujang akan bederau darah kalau ditanya camtu. Petang tu bila terkeluar bab ni kat telawi kawan saya kata, “Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam doa2 sembahyang. Allah mendengar.” Haa tuudia.


” Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat yang sesuai dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti ”, komen Women Libs nyer wakil yang tgh dok perabih roti banjir dia.

Sebenarnye memang kita selalu silap mentafsir kehidupan. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita membina dosa seterusnya sebagai jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika kita tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri janganlah berkahwin dulu. Jika merasakan diri kita belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah kita demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

2 comments:

Mem Besar said...

Emmm..citer bab kawin ni..yelah org kata jodoh pertemuan ni di tangan Tuhan tp kalu kita tak carik, harapkan jodoh tu dtg jer.. camno..ye tak?? So, renung2 kan lah..

AngahLina Jolie said...

Tp kan Mem...bab jodoh ni kan..ish, camne nak ckp tah..payah gak rasanyer.. Cam Mr Zorro post tu lah.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..".. So, adakah seseorg tu mmg jodoh kita atau kita yg menjangkakan itu jodoh kita.. ish, camner tah nak tulis, pening lak.. :D